Pekebun Patah Kaki Dihempap Pokok

Pekebun Patah Kaki Dihempap Pokok

0
SHARE
Pokok
Pasukan bomba mengangkat mangsa yang mengalami patah kaki selepas dihempap sebatang pokok di Ranau (Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah)

RANAU, SABAH – Pasukan bomba daerah ini dipanggil bagi mengangkat seorang pekebun yang patah kaki ketika menebang pokok di kawasan kebunnya di Kampung Pomotodon di Jalan Ranau, sini, semalam.

Difahamkan pokok berkenaan telah jatuh lalu menimpa mangsa lelaki berusia 45 tahun dalam kejadian 11.45 pagi itu.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bertindak memberi rawatan awal sebaik tiba di lokasi berjarak kira-kira 24 kilometer (KM) daripada balai.

“Mangsa seterusnya diusung ke tempat selamat dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap bagi agensi berkenaan.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada pukul 1.55 tengah hari.