Polis Ambil Keterangan Pengarah, Pelakon Filem ‘Mentega Terbang’

Polis Ambil Keterangan Pengarah, Pelakon Filem ‘Mentega Terbang’

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia telah merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem Mentega Terbang di Bukit Aman pada 10 pagi semalam.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata siasatan itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Rakaman percakapan ke atas penerbit filem itu pula akan dirakam pada 14 Mac depan,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama.

Filem ‘Mentega Terbang’, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, telah dibantah oleh umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.