Lelaki Maut Tersepit Ketika Periksa Muatan Lori Di Tuaran

Lelaki Maut Tersepit Ketika Periksa Muatan Lori Di Tuaran

0
SHARE
Bomba
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian sisi bawah lori terbabit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Seorang lelaki kehilangan nyawa dalam kemalangan tempat bekerja apabila tersepit di bahagian bawah sebuah lori lima tan di Kampung Taginambur, Kiulu pada petang Sabtu.

Difahamkan pemandu lori terbabit tersepit di bahagian bawah lori jenis ‘tipper’ ketika memeriksa keadaan lori selepas membuang muatan tanah.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.51 petang.

Menurut laporan, sepasukan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran tiba ke lokasi berjarak 49 kilometer pada pukul 3.03 petang.

“Mangsa yang tersepit berjaya di keluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mangsa berusia 35 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada jam 3.28 petang,” kata seorang jurucakap agensi berkenaan.