
KOTA KINABALU, SABAH – Encik Alif dan Puan Siti sah menjadi suami isteri di Wad Ortopedik Lelaki Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan pada Jumaat (28 Jun).
HDOK melalui Facebook mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu yang telah selamat diijabkabulkan itu.
Katanya, majlis akad nikah tersebut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai serta kakitangan HDOK.
“Sungguhpun majlis ini berlangsung secara sederhana, namun kebahagiaan pasangan ini boleh dilihat di muka mereka serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir bersama.
“Pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga HDOK mengucapkan selamat pengantin baharu dan semoga proses perawatan pasangan ini dipermudahkan dan semoga cepat sembuh,” jelas dalam siaran semalam.





