Pertahan Tandek Di Bawah PBS, GRS – Joachim

Pertahan Tandek Di Bawah PBS, GRS – Joachim

0
SHARE
Joachim
Joachim (enam dari kiri) bergambar bersama dengan semua yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian N7 Tandek di Dewan Terbuka Tandek ( Sumber Foto: Ihsan PBS )

KOTA MARUDU, SABAH – Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mahu semua pemimpin dan ahli di bahagian Tandek bersatu hati mempertahankan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2025.

“Kalau bersatu hati, Tandek pasti akan kekal menjadi milik PBS (GRS),” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian N7 Tandek di Dewan Terbuka Tandek pada Jumaat.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri II turut mengingatkan bahawa semua pemimpin dan ahli PBS perlu memenangkan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) pada PRN tahun hadapan.

Selain itu katanya, mereka perlu terus mendokong ideologi parti yang sudah berusia 39 tahun itu kerana perjuangan PBS belum selesai.

“Perjuangan PBS adalah perjuangan untuk masa depan Sabah, PBS adalah lambang kesatuan,” tambahnya.

Selepas itu, pada sebelah petang,  Joachim turut merasmikan PBS Bahagian N6 Bandau di Dewan Walai Bunsadan.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki; Bendahari, Datuk Lu Kim Yun; Ketua Bahagian PBS N7 Tandek, Datuk Hendrus Anding dan Timbalan Ketua Bahagian PBS N6 Bandau, Julita Dalinsi.