SABAH, SARAWAK TURUT RASA GEGARAN GEMPA BUMI MINDANAO

SABAH, SARAWAK TURUT RASA GEGARAN GEMPA BUMI MINDANAO

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dilaporkan turut merasakan gegaran akibat dari gempa bumi kuat yang berlaku di Mindanao Filipan pada jam 10.13 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Metreologi Malaysia (METMalaysia) gempa bumi tersebut berlaku di koordinat 6.1 degree utara dan 123.3 degree timur dengan magnitud 6:6. 

“Kejadian itu berada di jarak 153 kilometer Tenggara dati Isabela City, Filipina dengan kedalaman 632 kilometer.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Susulan itu, pasukan Bomba seluruh Sabah telah menjalankan pemantauan dan pengungsian bangunan di sekitar daerah Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Sandakan, Ranau dan Kota Belud.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sabah, pihaknya menerima panggilan mengenai gegaran di sekitar kawasan Kota Kinabalu pada jam 10.40 pagi tadi.

“Seramai tiga pasukan dan tiga jentera dari BBP Kota Kinabalu telah digerakkan ke bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Wisma Wanita dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). 

“Maklumat sekarang, kakitangan dan orang awam telah keluar dari bangunan tersebut dan berkumpul di Assembly Point dan memohon pasukan Bomba untuk membuat pengesahan keselamatan di bangunan tersebut,” katanya.

Selain itu, pasukan Bomba dari BBP Tawau turut membuat pemantuan di Bangunan Wisma Persekutuan Tawau pada jam 10.45 pagi, BBP Ranau membuat pemantauan keselamatan di Bangunan Persketuan daerah Ranau.

“Pasukan Bomba dari BBP Penampang juga membuat rondaan dan pemantauan keselamatan kawadan berisiko bangunan tinggi sekitar kawasan Jalan Kobusak, Lido, Jalan Kepayan RTM dan Jalan Pintas.

“Manakala, pasukan Bomba dari BBP Sandakan telah membuat pemantauan di kawasan Pesisir Pantai Sim-Sim ke Jalan Batu Sapi, kawasan Bandaran Sanakan dan Bangunan PDRM Sandakan dan MPS,” jelasnya.