
KOTA KINABALU, SABAH – Operasi Haji Tanah Air (OHTA) Stesen Berlepas Kota Kinabalu Musim Haji 1445H/2024M kini berakhir.
Pengarah Wilayah TH Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berkata pihaknya merakamkan penghargaan atas kerjasama 27 agensi serta jabatan yang membantu urusan 940 jemaah haji Sabah bagi tahun ini.
“Dengan berakhirnya penerbangan KT 85 pagi tadi (semalam), maka ia merupakan penutup kepada operasi haji tanahair peringkat cawangan stesen Kota Kinabalu yang telah memberangkatkan pergi dan kembali seramai 940 jemaah melalui enam KT iaitu KT 76, 77, 79, 82, 83 dan 85,” ujar beliau.
Turut hadir Pengarah TH Negeri Sabah merangkap Pengarah Operasi, Stesen Berlepas Kota Kinabalu, Yusdi Nasip dan Pengurus Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad Jefry Ramli.
Antara agensi persekutuan dan negeri yang terlibat secara langsung ialah Malaysia Airport Holdings Berhad, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, JKR, MUIS, JHEAINS, JPJ, DBKK, Kastam, APM, Institut Pendidikan dan Dakwah (IPDAS) Keningau, Pertubuhan Amal Sukarelawan TH Negeri Sabah, SICC, Raia Hotel, Ming Garden Hotel, Kastam, Bahagian Istiadat Protokol JKM dan lain-lain. — JABATAN PENERANGAN SABAH





