Pertubuhan Miss World Beauty Sumbang RM50,000 Kepada YNJ

Pertubuhan Miss World Beauty Sumbang RM50,000 Kepada YNJ

0
SHARE
Ynj
Al-Hambra(tiga dari kanan) menerima replika cek dari Pertubuhan Miss World Beauty ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Miss World Beauty menyumbangkan RM50,000 kepada badan kebajikan, Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Brigedier Datuk Al Hambra Juhar dalam Majlis Jamuan Teh bersama Miss World Beauty di Dewan Sri Kinabalu, pada Rabu.

Dalam majlis tersebut juga, Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni turut menyampaikan sumbangan kepada lapan pesakit kanak-kanak dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah(HWKKS).

Turut hadir, Miss world Beauty, Krystyna Pyszkova, Miss World Malaysia, Saroop Roshi, Pengerusi Pertubuhan Miss World, Julia Morley dan Pengarah Nasional Universiti Singapura dan Malaysia, Dr Sean Wong. — JABATAN PENERANGAN SABAH