KM HAJIJI TEMUI SU PARLIMEN & DUN SE-MALAYSIA

KM HAJIJI TEMUI SU PARLIMEN & DUN SE-MALAYSIA

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (empat dari kiri) dan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M.Yahya (tiga dari kiri) bergambar kenang-kenangan bersama Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan DUN Se-Malaysia selepas "Breakfast Meeting" bersama mereka di Sri Gaya ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa pagi mengadakan “Breakfast Meeting” bersama Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang, Jurutulis DUN Johor, Zarina Abdul Kadir, Zuwislan Awang (Terengganu), Mawar Awang (Perlis) dan Rafidah Maqbool Rahman (Sabah).

Mereka berada di Sabah bagi menghadiri Persidangan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan DUN Se-Malaysia kali pertama di Kota Kinabalu dari 8 hingga 10 Ogos ( hari ini ).

Persidangan dua hari itu telah dirasmikan oleh Kadzim pada 8 Ogos lepas di bangunan DUN Sabah.