Bersatu Pertahankan Kerajaan GRS Bagi Memenuhi Aspirasi Rakyat – Bung

Bersatu Pertahankan Kerajaan GRS Bagi Memenuhi Aspirasi Rakyat – Bung

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu bertahan jika semua komponen dapat berkerja dalam satu pasukan demi memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Katanya, walaupun kerajaan sekarang dibentuk dari sembilan buah parti gabungan dan dianggap repuh namun jika wujud kesepekatan di kalangan anggota serta wakil rakyatnya gabungan itu terus mampu bertahan.

“Rakyat telah meletakkan kepercayaan serta aspirasi yang tinggi kepada kerajaan yang ada hari ini. Justeru kita perlu menghargai kepercayaan tersebut dengan kesungguhan berkerja untuk memajukan Sabah…

Bung diiringi Salleh menyampaikan cenderakenangan kepada Mohd Alwi selepas menyampaikan ceramah semasa majlis tersebut…

“Lupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajkan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘Retreat Backbenchers’ Kerajaan GRS di Kudat Golf and Marina Resort semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kelab, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak, penceramah jemputan Datuk Haji Mohd Alwi Che Ahmad serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS.

Menurut Bung kerajaan yang stabil dapat diwujudkan dengan menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi krisis dihadapi negara.

“Kebersamaan serta kerjasama ini amat penting untuk menstabilkan negara di saat krisis politik, kesihatan serta situasi ekonomi yang sedang dihadapi rakyat Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung menambah dalam memenuhi aspirasi rakyat kepada kerajaan, pendekatan baharu perlu dilakukan dengan meninggalkan amalan lama.

“Rakyat ketika ini begitu matang berfikir dan menilai tindakan kerajaan dan wakil rakyat…

“Mereka tidak lagi terbuai dengan jumlah peruntukan untuk melaksanakan sesebuah projek pembangunan tetapi apa yang mereka harapkan adalah tindakan segara perlaksanaanya.

“Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat saya memang lantang membawa isu-isu pembangunan di Sabah namun saya terkilan amat jarang ADUN tampil membuat kenyataan menyokong apa yang saya suarakan.

“Ia seolah-olah memberikan gambaran kita tidak bersatu dalam memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat di negeri ini,” jelas Bung.

Dalam pada itu Bung yang juga ADUN Lamag mahu setiap ADUN GRS turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan semasa sidang DUN Sabah.

Katanya mereka bukan sahaja perlu berbahas isu di kawasan masing-masing tetapi juga isu yang lebih relevan dengan kepentingan rakyat dan negeri.

“Kita perlu menjadi ADUN yang berilmu pengetahuan berasaskan fakta bagi menangkis provoaksi dan propaganda yang dibawa oleh parti lawan kepada kerajaan semasa sidang DUN…

Jika dibiarkan ianya memberikan presepsi yang negetif kepada kerajaan, katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap Program Retreat Backbenchers tersebut memberi sedikit panduan disamping menjadi platform untuk bertukar pandangan untuk Sabah secara keseluruhanya.