Gerakan Tanah Air Pertaruh 120 Kerusi Lawan UMNO Pada PRU-15 – Tun...

Gerakan Tanah Air Pertaruh 120 Kerusi Lawan UMNO Pada PRU-15 – Tun M

0
SHARE
Gerakan Tanah Air (GTA) mempertaruhkan calonnya di 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi melawan UMNO...

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mempertaruhkan calon  Gerakan Tanah Air (GTA) di 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja gagasan baharu itu akan memperjuangkan hak-hak orang Melayu sebagai keutamaan di mana kesemua kerusi yang bakal dipertaruhkan diletakkan di kawasan majoriti penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia bagi melawan UMNO.

“Usaha kita tertumpu untuk melawan parti melayu yang menyeleweng iaitu UMNO,” katanya.

Menurutnya, GTA yakin dapat menumpaskan UMNO pada PRU15 kerana parti itu hanya memenangi 35 peratus sahaja pada PRU sebelum ini.

“Selebihnya 65 peratus ada yang tidak keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Melayu, ahli akademik, orang perseorangan dialu-alukan dan dijemput menyertai GTA.

“Bukan kerana perkauman tetapi usaha ini adalah untuk menentang parti Melayu yang menyeleweng dan terlibat dengan rasuah dan sebagainya,” katanya.

Apabila ditanya mengenai bakal calon yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya GTA memenangi PRU15, Tun Dr Mahathir berkata ia belum diputuskan dan akan diputuskan selepas memperolehi kemenangan.