PBS Sokong Penuh Pelantikan Ismail Sabri Dan Hishammuddin

PBS Sokong Penuh Pelantikan Ismail Sabri Dan Hishammuddin

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Bersatu Sabah (PBS) menyokong penuh pelantikan Datuk Sri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan (Luar Negeri) sambil menyifatkan keputusan itu adalah tepat dan wajar.

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas rombakan kecil dalam Menteri Kabinet, sambil menambah ia akan mengukuhkan lagi Kerajaan dan barisan Kabinet Perikatan Nasional (PN).

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili…

“Pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang baharu ini bukan sahaja tepat pada masanya, tapi juga tindakan yang sewajarnya, khusus dalam memenuhi keperluan negara…

“Beliau (Ismail) adalah pemimpin yang tepat untuk tugasan tersebut setelah menunjukkan prestasi yang sangat baik pada tahun sebelumnya.

“Beliau juga telah menjalankan tugasan baik sebagai Menteri Kanan (Keselamatan), terutama dalam mengawal dan menangani situasi COVID-19 di negara ini,” kata Ongkili, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Selain itu, PBS juga yakin Hishammuddin akan menjalankan tugasnya dengan baik sebagai Menteri Kanan (Luar Negeri) yang juga akan mengetuai kluster keselamatan dalam negara.

Datuk Sri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Kanan (Luar Negeri)…

“Pelantikan baharu ini juga akan mengukuhkan lagi kestabilan Kerajaan PN, dan PBS akan terus bekerjasama rapat dengan kepimpinan di peringkat negeri dan persekutuan,” kata Ongkili.