Lepas Keputusan UMNO Baru Saya Komen – Bung

Lepas Keputusan UMNO Baru Saya Komen – Bung

0
SHARE
Dato' Sri Bung Moktar Radin...

KOTA KINABALU, SABAH – “Tiada komen buat masa sekarang”, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung pelantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat sebarang kenyataan sejurus pucuk pimpinan parti UMNO membuat keputusan dalam tempoh yang terdekat.

“Selepas UMNO membuat sebarang keputusan barulah saya komen,” katanya.

Bung Moktar berkata demikian ketika dihubungi berhubung isu pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan (Luar Negeri), hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasminya sebentar tadi mengumumkan Menteri Kanan bagi Kluster Keselamatan itu dilantik sebagai jawatan nombor dua tertinggi dalam pentadbiran negara yang berkuatkuasa serta-merta.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini berhubung pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Luar Negeriā€¦

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien turut dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan di dalam negara.

Menurut sumber, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Pusat difahamkan akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada malam ini.