235 Orang Hadiri Program Derma Darah DUN Lumadan

235 Orang Hadiri Program Derma Darah DUN Lumadan

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Seramai 235 orang telah menghadiri Program Jom Derma Darah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan diadakan di Dewan Sri Dayang Weston, dekat sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam yang merasmikan program tersebut menghargai penglibatan semua yang hadir.

Beliau berharap, program seperti ini dapat memupuk semangat kasih sayang dan dapat membantu pesakit yang memerlukan…

Program derma darah berkenaan dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Weston yang diketuai oleh Doktor Natasha Rahim dengan kerjasama pengerusi pelaksana program, Aznezam Abdul Rahman.

Ruslan turut berterima kasih atas komitmen jentera pentadbiran DUN Lumadan seperti Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua-ketua Kampung, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jabatan Kesihatan Daerah Beaufort dalam menjayakan program itu.

“Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama menjayakan program yg memberikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada penderma darah dan kepada pasukan keselamatan seperti polis dan Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA)”, kata Ruslan yang juga Pengerusi Perkara Realty Sdn Bhd.

Sebanyak 60 pain darah berjaya dikumpulkan setelah saringan kesihatan dibuat kepada semua penderma darah.