KOTA MARUDU, SABAH – Sebuah pawagam bakal di bina di Kota Marudu, dan seterusnya menjadi pawagam pertama dibina di daerah tersebut sekaligus menjadi mercu tanda baharu kepada Kota Marudu.
10 Star Cinemas Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Melewar Industrial Group Berhad adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan pawagam itu, dengan anggaran kos bernilai RM5 juta.
Terdahulu, syarikat terbabit berjaya melebarkan sayap perniagaan ke Tawau dan Sandakan dengan pembukaan cawangan.
10 Star Cinemas di 1 Avenue Commercial Centre (1ACC) Kota Marudu dijadualkan beroperasi pada November 2022 dengan menyediakan enam bilik pawagam.
Setiap daripadanya akan menawarkan sejumlah 70 kerusi dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 420 kerusi…
Dalam pada itu, pawagam ini akan menawarkan tayangan filem tempatan dan antarabangsa. Pawagam ini juga dilengkapi dengan teknologi terkini dengan penggunaan sistem projektor laser.
Pembukaan pawagam tersebut, sekali gus akan menawarkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan dengan program latihan khas akan disediakan serta sebagainya.
Dengan penambahan kemudahan pawagam di Bandar Kota Marudu, syarikat berkenaan yakin bahawa daerah ini akan berjaya dibangunkan menjadi bandar utama di Utara Sabah.
Ahli parlimen Kota Marudu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Ahad menyaksikan majlis menandatangani pawagam antara Ketua Pegawai Eksekutif WK Majujaya Aidah Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif 10 Star Cinemas Onn Norshal Hamzah.





