Pengusaha Fun Fair Degil Diarah Henti Operasi Serta Merta

Pengusaha Fun Fair Degil Diarah Henti Operasi Serta Merta

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi Jabatan Pelesenan (JPL) telah mengarahkan penghentian operasi sebuah pesta ria atau ‘fun fair’ yang dijalankan tanpa permit dalam satu pemeriksaan yang dilakukan di Pekan Inanam, pada 01 Julai lalu (Isnin).

DBKK dalam satu kenyataan media berkata, pemeriksaan yang melibatkan seramai enam anggota JPL itu mendapati bahawa pengusaha ‘fun fair’ berkenaan gagal mempamerkan permit pengoperasian yang sah. 

“Satu (1) kompaun di bawah Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 bernilai RM3,000 telah dikeluarkan kerana menjalankan aktiviti hiburan awam tanpa lesen.

“Terdahulu, DBKK telah mengeluarkan notis kepada pengusaha untuk mengalihkan struktur dan semua logistik sebelum 29 Jun.

“Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan susulan telah mendapati tiada tindakan diambil oleh pengusaha dan ‘fun fair’ masih beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, DBKK menasihati semua pengusaha premis perniagaan dan hiburan di sekitar bandar raya adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan dan menjalankan operasi perniagaan mengikut prosedur yang betul.