Wanita Dihalang Terjun Dari Kelab Malam

Wanita Dihalang Terjun Dari Kelab Malam

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Percubaan membunuh diri seorang wanita dengan kaedah terjun dari sebuah bangunan sini berjaya dihalang pasukan bomba.

Kejadian di bangunan 999 Bar di Jalan Laiman Diki, Kampung Air, sini pada jam kira-kira 9.45 pagi tadi membabitkan seorang mangsa berusia 30-an.

Difahamkan beliau telah bertindak memanjat perancah (scaffolding) yang ada pada luar bangunan tersebut.

Tindakannya itu menarik perhatian orang awam yang kemudian membuat panggilan kecemasan MERS 999.

“Pasukan bomba berjaya memujuk serta menurunkan mangsa tersebut dalam keadaan selamat.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjuntnya,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi melibatkan sembilan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu itu tamat sepenuhnya pada jam 10:06 pagi.