KUDAT, SABAH – Polis giat mengesan seorang lelaki yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Rest House Kudat di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kudat, Supt Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata saspek berumur 50 tahun itu membolos keluar pagar semasa dibuka bagi laluan bas yang membawa pesakit baru.
“Suspek dikuarantin sejak 27 Jun lalu dan tempoh kuarantin dijadualkan sehingga 6 Julai selepas ujian calitan ‘swab test’ menunjukkan dua positif untuk COVID-19,” katanya.
Menurutnya semasa kejadian suspek bertindak keluar dari PKRC terbabit kira-kira jam 5.54 petang.
“Suspek kini sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Kawalan Penyakit berjangkit,” katanya.