PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan, demikian menurut kenyatan Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, pelantikan itu akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara kini yang sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi.
Pada masa sama, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.
“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.





