Malaysia Bakal Terima 2 Juta Dos Sinovac Sumbangan China

Malaysia Bakal Terima 2 Juta Dos Sinovac Sumbangan China

0
SHARE

PUTRAJAYA – Malaysia bakal menerima dua juta dos vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh firma Sinovac Biotech Ltd sumbangan dari China.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam ucapannya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), hari ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kerajaan Malaysia atas sumbangan terbaharu ini yang diumumkan oleh pemerintah China baru-baru ini,” katanya…

Beliau berucap secara maya pada majlis tersebut yang diadakan secara hibrid dan berlangsung di Dewan Xiuhua Kuala Lumpur yang turut dihadiri Duta Besar China, Ouyang Yujing.

Awal Julai tahun lalu, China muncul antara negara asing terawal menyumbangkan sejumlah 500,000 dos vaksin bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ini diikuti sejuta lagi tambahan dos berkenaan disumbangkan akhir September tahun lepas yang dimaklumkan Menteri Luarnya, Wan Yi menerusi perbualan telefon dengan Saifuddin.

Ia hasil Perjanjian Kerjasama Pembangunan dan Aksesibiliti Vaksin dan Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Era Pasca Covid-19 yang dimeterai antara kedua-dua negara.

Mengulas lanjut, beliau meluahkan kegembiraan jalinan hubungan teguh antara Malaysia dan China menerusi aspek diplomasi kesihatan ternyata menawarkan wadah ke arah usaha itu.