Sabah Berkabung: Mantan TYT Tun Ahmadshah Kembali Ke Rahmatullah

Sabah Berkabung: Mantan TYT Tun Ahmadshah Kembali Ke Rahmatullah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sabah dilanda kesedihan apabila Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah, disahkan telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam Selasa bersamaan 23 Zulkaedah 1446 Hijrah.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa.

Kenyataan tersebut turut mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama sehari, dengan bendera negeri Sabah dikibarkan pada separuh tiang.

Tun Ahmadshah, yang pernah memegang jawatan sebagai TYT dari tahun 2003 hingga 2010, dikenang sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan tokoh penting dalam sejarah pentadbiran negeri.