Lori Simen Terbabas di Jalan Lintas, Pemandu Cedera

Lori Simen Terbabas di Jalan Lintas, Pemandu Cedera

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 32 tahun cedera di kepala dan kaki kiri selepas lori pembancuh simen yang dipandunya terbabas sendiri ke dalam parit di Jalan Lintas, berhadapan Iramanis Kolombong, lewat malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada jam 11.58 malam melalui talian MERS999.

Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikerahkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

Menurut sumber itu, lori berkenaan tidak membawa muatan ketika kejadian.

“Mangsa berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba. 

“Pasukan EMRS memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut,” kata seorang pegawai jurucakap.

Operasi dikawal pada jam 12.10 tengah malam dan ditamatkan empat minit kemudian setelah keadaan disahkan selamat.