Bedah Siasat Zara: SOP Polis, Bukan Atas Permintaan Waris

Bedah Siasat Zara: SOP Polis, Bukan Atas Permintaan Waris

0
SHARE
Datuk Zulkarnain Mahdar, Pengerusi G57...

KOTA KINABALU: Bedah siasat kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina dijalankan mengikut SOP polis bagi kes kematian mengejut atau mencurigakan, bukan atas permintaan waris, kata Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar.

Beliau menegaskan dakwaan bahawa ibu Zara menjadi punca kelewatan adalah tidak tepat.

“Ini kerana Seksyen 329 dan 330 Kanun Tatacara Jenayah membolehkan majistret atau polis mengarahkan bedah siasat walaupun waris tidak bersetuju,” tegasnya.

Zulkarnain turut mengingatkan penggunaan perkataan “terjun” dalam sidang media perlu diteliti bagi mengelak tafsiran awal sebelum siasatan selesai.

Beliau turut merakamkan Penghargaan penganjuran bacaan tahlil di seluruh Sabah sebagai penghormatan kepada Zara.

Zulkarnain menyeru rakyat terus menunjukkan solidariti sehingga keadilan ditegakkan.