Ketepikan Perbezaan Politik, Utamakan Rakyat – Lu

Ketepikan Perbezaan Politik, Utamakan Rakyat – Lu

0
SHARE
Lu (kanan), Jannie (tengah) dan Pegawai Perhubungan Pejabat MP Penampang, Dora Engchuan (dua dari kiri) pada majlis penyerahan bakul makanan di Dewan Koidupan...

KOTA KINABALU, SABAH – Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kapayan (UPPM) semalam menyaksikan penyerahan 500 bakul makanan dari pejabat Ahli Parlimen Penampang untuk diedarkan ke kawasan masing-masin.

Bantuan makanan itu adalah dari jumlah tambahan RM300,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu kepada anggota parlimen bagi menjalankan program bantuan bakul makanan di mana barang-barang keperluan akan diedarkan kepada golongan memerlukan.

Muhyiddin dalam pengumumannya baru-baru ini berkata bahawa barang keperluan harian menjadi keutamaan bagi mereka yang memerlukan di tengah pandemik COVID-19 ini dan dia telah mengetepikan perbezaan politik dalam hal menyampaikan bantuan kepada rakyat.

“Sama ada anggota parlimen kerajaan atau pembangkang, kita harus bersama-sama memikul tanggungjawab untuk membantu orang-orang yang sedang menghadapi kesukaran,” kata beliau.

Menurut Ketua Pembangunan Masyarakat Kapayan, Lu Yen Tung, 500 bakul makanan dari ahli Parlimen Penampang itu untuk diedarkan ke 10 kampung di Kapayan yang telah dikenal pasti oleh pejabat parlimen tersebut.

Lu turut mengatakan pengetepian perbezaan politik adalah penting kerana kehidupan rakyat kini menjadi keutamaan.

“Kami akan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan bahawa bantuan sampai kepada rakyat yang terjejas oleh Covid-19,” tegasnya.

Penyerahan bakul makanan dari pejabat Ahli Parlimen Penampang ke UPPM Kapayan diadakan di Dewan Koidupan tadi.

Pada waktu yang sama, ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang juga menerima bantuan makanan dari pejabat Ahli Parlimen Penampang untuk diedarkan kepada kawasannya.