Anak Muda Mesti Diberi Ruang Dalam PRN Sabah ke-17

Anak Muda Mesti Diberi Ruang Dalam PRN Sabah ke-17

0
SHARE

KOTA KINABALU: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menegaskan golongan muda perlu diberi peluang sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Naib Ketua AMK Sabah, Mohammad Mirza Muazzam berkata, lebih separuh rakyat Sabah berusia bawah 40 tahun. 

“Suara anak muda mesti berada di meja pembuat keputusan, bukan sekadar bergema di luar pagar,” katanya.

Beliau menyeru kepimpinan parti agar mengetengahkan calon muda yang berkelayakan, berwibawa dan dekat dengan masyarakat.

“Ini bukan soal umur semata-mata, tetapi soal keberanian, visi dan keupayaan,” katanya.

Menurutnya, gabungan idealisme anak muda dengan kebijaksanaan kepimpinan sedia ada akan mewujudkan pentadbiran lebih segar dan berdaya tahan.