Clarence Kekal Presiden MAJAPS, Cabutan Bertuah 2025 Tawar Kereta

Clarence Kekal Presiden MAJAPS, Cabutan Bertuah 2025 Tawar Kereta

0
SHARE

PENAMPANG: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-35 Majlis Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS) menyaksikan gabungan muka lama dan baharu dipilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif (EXCO).

Datuk Seri Clarence B. Malakun kekal sebagai Presiden manakala Tan Sri DSP Andrew Liew Sui Fatt dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Naib Presiden baharu ialah Datuk Kevin Lim Thien Phin dan Datuk James Ligunjang.

Sebelas ahli jawatankuasa lain turut dipilih, antaranya Datuk Peter Pang En Yin, Datuk Hj Salsidu Hj Ibrahim, Datuk John Anselmus Sikayun, Datuk Peter Allion, Madam Aw Lai Kheng, Dr Oh Ei Sun, Datuk Richard Chua Kim Yin, Datin Seri Vicky Lai Nyat Yin, Dato Chew Woh, Dato Ir John Chee Shi Tong dan Yee Tsai Yee.

Jawatan Setiausaha Agung Kehormat dan Bendahari Kehormat akan diumum selepas mesyuarat pertama EXCO baharu dalam masa terdekat.

Sementara itu, MAJAPS kini giat menjalankan Projek Cabutan Bertuah 2025 yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta Chery baharu dan hadiah kedua sebuah Proton Saga.

Cabutan akan diadakan pada 11 Oktober di ITCC Penampang.

Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket sehingga 26 September, dengan 33 hadiah menarik lain turut ditawarkan.