PH–BN Hampir Selesai, PH–GRS Berjalan Lancar: Saifuddin Jadi Penghubung

PH–BN Hampir Selesai, PH–GRS Berjalan Lancar: Saifuddin Jadi Penghubung

0
SHARE

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan beliau diberi mandat sebagai koordinator rundingan kerusi antara PH, GRS dan BN di Sabah.

Beliau berkata rundingan PH–BN hampir selesai dengan hanya dua atau tiga kerusi masih berbaki, manakala perbincangan dengan GRS juga berjalan baik termasuk pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerjasama mesti utamakan suara rakyat Sabah demi manfaat mereka,” katanya, sambil menambah rundingan produktif ini akan dilapor kepada Perdana Menteri dan Majlis Presiden PH.

Mengulas ketegangan politik di Sabah, Saifuddin menyifatkan ia sebagai dinamika demokrasi.

“Dalam politik kita bebas memilih, sama seperti memilih pasangan hidup. Yang penting prinsip — tujuan masuk pilihan raya ialah untuk menang dan memerintah, melalui kerjasama yang dipersetujui,” jelasnya.

Menurutnya, setiap parti kini mengemukakan tuntutan kerusi dengan justifikasi peluang menang, sebelum dibincang bersama bagi elak pertindihan.

“Prosesnya sudah di peringkat akhir dan hampir selesai,” katanya kepada wartawan pada Jumaat.