PBS Tidak Gentar, Siap Perkukuh GRS Lepas STAR dan SAPP Keluar Dari...

PBS Tidak Gentar, Siap Perkukuh GRS Lepas STAR dan SAPP Keluar Dari Gabungan

0
SHARE

KIULU: Parti Bersatu Sabah (PBS) yakin mampu terus menjadi tunjang kekuatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meskipun STAR dan SAPP memilih untuk keluar daripada gabungan itu.

Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata, keputusan dua parti tersebut tidak menggugat semangat PBS yang telah lama berdepan cabaran politik lebih besar.

“Ini demokrasi, namun kestabilan dan perpaduan tetap keutamaan. Di sinilah PBS terus memainkan peranan penting,” katanya ketika program bersama rakyat di Kampung Rungus Panansawa, di sini, semalam.

Joniston yang juga Ketua Penerangan GRS menegaskan kekuatan PBS terletak pada kepimpinan berprinsip, pengalaman luas dan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat.

“PBS sentiasa menjadi faktor kestabilan dalam GRS, memastikan dasar gabungan kekal berpaksikan rakyat dan realistik,” ujarnya.

Dalam lawatan berasingan ke Kampung Balabakan, Joniston turut merasmikan pembukaan jalan pertanian baharu sebagai sebahagian usaha meningkatkan ekonomi dan kemudahan luar bandar di Kiulu.