Gempa Bumi Lemah Landa Kawasan Pantai Timur Sabah

Gempa Bumi Lemah Landa Kawasan Pantai Timur Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah dilaporkan telah berlaku di kawasan pantai timur Sabah pada jam 2.49 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa terletak 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km). 

Katanya lagi, ia membabitkan jarak 50km timur dari daerah Semporna.

“Setakat ini tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelas METMalaysia dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.