Fairuz Hentam Fitnah Komisen Sebagai Serangan Murahan

Fairuz Hentam Fitnah Komisen Sebagai Serangan Murahan

0
SHARE

KOTA BELUD: Calon bebas DUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan menyifatkan dakwaan bahawa beliau menerima 30 peratus komisen projek sebagai “fitnah murah” yang direka untuk merosakkan imejnya.

“Ini tuduhan tidak berasas dan palsu, dimainkan kerana mereka kehabisan modal kempen,” katanya dalam satu kenyataan.

Fairuz menegaskan beliau tidak pernah menggunakan kedudukan sebagai wakil rakyat untuk mengelak siasatan, selain tiada bukti rasmi yang menyokong dakwaan tersebut.

“Ini jelas usaha menjatuhkan saya dan mengganggu fokus pasukan saya dalam kempen,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan wang RM5,000 yang dikaitkan dengan individu bernama Albert Tei adalah sumbangan bakul makanan ketika Covid-19.

Katanya, beliau bersedia memulangkan wang itu jika diminta.

Tuduhan mengenai komisen projek dan kaitan dengan skandal Albert Tei itu tular di TikTok, namun sumber dakwaan tersebut tidak dikenal pasti.