Pemuda Gagasan Rakyat Tolak Penyertaan BN Dalam Kerajaan Negeri Diterajui GRS

Pemuda Gagasan Rakyat Tolak Penyertaan BN Dalam Kerajaan Negeri Diterajui GRS

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pemuda Pusat Parti Gagasan Rakyat Sabah menegaskan pendirian menolak sebarang usaha membawa Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pemuda Gagasan Rakyat berkata kerajaan GRS Plus sudah memiliki majoriti selesa untuk mentadbir Sabah dengan komposisi terkini melibatkan 29 kerusi GRS, lima kerusi Bebas, tiga UPKO, satu Pakatan Harapan dan satu KDM, selain sokongan dua Adun STAR.

“Kedudukan kerajaan negeri akan terus kukuh selepas pelantikan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, sekali gus memastikan kestabilan pentadbiran dalam Dewan Undangan Negeri.

“Komposisi sedia ada adalah stabil dan memadai untuk meneruskan agenda pembangunan tanpa memerlukan kehadiran BN, yang menurut mereka tidak mendapat mandat rakyat dalam PRN lalu.

“Keputusan pengundi wajib dihormati. Rakyat Sabah telah menolak BN di hampir 20 kerusi Dewan Undangan Negeri, dan sebarang cubaan menafikan kehendak rakyat dianggap tidak wajar,” kata kenyataan itu.

Pemuda Gagasan Rakyat turut mengingatkan agar pengalaman tekanan politik menjelang PRN 2023 dijadikan pengajaran dan menegaskan bahawa penyertaan semula BN ke dalam kerajaan negeri boleh mengundang ketidakstabilan baharu.

Kenyataan itu menambah bahawa komitmen pimpinan GRS yang kekal teguh bersama gabungan tersebut sudah mencukupi untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

Sehubungan itu, Pemuda Gagasan Rakyat menegaskan bahwa fokus kerajaan negeri ketika ini ialah memastikan kestabilan politik dan meneruskan agenda pembangunan rakyat Sabah tanpa terjebak dalam percaturan politik yang tidak berlandaskan mandat rakyat.