Wanita Autistik Hilang di Penampang Ditemui Selamat

Wanita Autistik Hilang di Penampang Ditemui Selamat

0
SHARE

PENAMPANG: Seorang wanita berusia 28 tahun dengan autisme dan gangguan pembelajaran yang dilaporkan hilang sejak Sabtu (29 Nov) kini telah selamat pulang ke kediaman keluarganya.

Marina Ramlee, yang berasal dari Putatan, sebelum ini meninggalkan rumah bersama beberapa pakaian dan dokumen penting. 

Polis Penampang dalam sebuah kenyataan hari Ini mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang membantu dengan perkongsian hebahan dan maklumat sebelum ini sehingga mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Polis menekankan bahawa kerjasama masyarakat adalah penting untuk memastikan keselamatan komuniti.

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” menurut kenyataan itu.