Pelantikan Grace Lee Perkukuh Suara Wanita dan Komuniti Cina di DUN Sabah

Pelantikan Grace Lee Perkukuh Suara Wanita dan Komuniti Cina di DUN Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Penyertaan Grace Lee Li Mei sebagai ADUN Dilantik memperluas perwakilan wanita dan masyarakat Cina dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Ketua PKR Kota Kinabalu itu kini menjadi salah satu daripada tiga wakil wanita di DUN, selain turut mengukuhkan kehadiran suara Cina bersama Datuk Roger Chin, Datuk Ir Chin Shu Ying dan Ben Chong.

Grace berkata pelantikannya mengejutkan tetapi beliau berterima kasih atas kepercayaan kepimpinan tertinggi untuk membolehkannya terus menyokong pembangunan Sabah dan memastikan semua komuniti mendapat manfaat.

Beliau akan memberi fokus kepada usaha memulihkan keyakinan pengundi Cina di Api-Api, menyalurkan program kerajaan secara berkesan serta mengangkat usahawan wanita, termasuk ibu tunggal.

Antara keutamaan awalnya ialah menaik taraf tingkat dua Pasar Besar KK sebagai hab perniagaan wanita serta menggesa pengecualian caj kecil bagi membantu lebih ramai memulakan perniagaan mikro.

Grace turut berharap janji peruntukan RM90 juta kepada sekolah Cina serta badan keagamaan bukan Islam dapat direalisasikan tahun depan.

Menurutnya, usaha yang memberi impak terus kepada rakyat akan menghapus persepsi bahawa komuniti tertentu tidak diberi perhatian oleh kerajaan.