KOTA KINABALU, SABAH – Sabah akan melaksanakan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara mulai esok (29 Jun) dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0.
Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata beberapa aktiviti sosial dan ekonomi akan mula dibenarkan beroperasi.
“Antaranya ‘Dine-In’ di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel; gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut…
“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.
“Sementara itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat termasuk kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya dalam sebuah kenyataan.





