Perkhidmatan Pandu Lalu DBKK Bermula Esok

Perkhidmatan Pandu Lalu DBKK Bermula Esok

0
SHARE
Perkhidmatan kaunter pandu lalu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang akan dibuka esok (Jumaat)...

KOTA KINABALU, SABAH – Orang awam dialu-alu untuk menggunakan perkhidmatan kaunter pandu lalu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang akan dibuka esok (Jumaat).

Perkhidmatan tersebut akan beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum bertempat di kawasan tempat letak kereta berhadapan bangunan ibu pejabat DBKK (5 lot parkir khas) dari pukul 8 pagi sehingga 2 petang.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, perkhidmatan itu akan memberikan kemudahan kepada pelanggan terutamanya golongan orang kurang upaya, warga emas dan wanita mengandung tanpa perlu turun daripada kenderaan.

“Pengwujudan pandu lalu ini juga merupakan cara DBKK dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Sabah bagi mentransformasikan tadbir urus dalam meningkatkan ketelusan dan keberkesanan perkhidmatan awam,” katanya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pembayaran cukai kadaran, pembayaran kompaun, pembelian kupon letak kereta, pembelian borang-borang, dan pembayaran am.

“Walaubagaimanapun, orang awam yang datang berurusan dengan pihak petugas pandu lalu DBKK hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dan sentiasa memakai pelitup muka.

“Ianya bagi membendung penularan wabak yang masih belum tamat,” tambahnya.