Kebimbangan Melampau Dijangkiti COVID-19 Punca Ibu Tikam Mati Anak Perempuannya

Kebimbangan Melampau Dijangkiti COVID-19 Punca Ibu Tikam Mati Anak Perempuannya

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

LONDON – Penularan wabak COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia ketika ini membawa kepada tahap tekanan (stress) yang tinggi sehingga seorang ibu didakwa menikam mati anak perempuannya.

Menurut sumber yang dipetik portal berita Mirror, wanita terbabit menikam anak perempuannya sebanyak 15 kali dengan pisau kerana terlalu risau dijangkiti COVID-19 yang mana dia bimbang bimbang anaknya akan tinggal bersendirian sekiranya dia mati akibat virus itu.

Sutha Sivanantham, 36, menikam mati anak perempuannya, Sayagi, 5, di dalam bilik tidur di kediaman mereka di sebuah flat di kawasan Mitcham sebelum dia mencederakan diri sendiri pada 30 Mei tahun lalu.

Suami suspek, Suganthan Sivanantham berkata, kerisauan melampau isterinya dijangkiti virus COVID-19 semakin teruk dengan pelaksanaan perintah berkurung (lockdown).

“Saya percaya perintah berkurung (lockdown) mungkin memberi kesan negatif terhadap keseimbangan mentalnya…

“Dia memandang serius larangan itu dan merasa bimbang mengenai penularan virus itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Sutha yang dibicarakan di mahkamah jenayah di Old Bailey di sini, baru-baru ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh anak perempuannya itu bertarikh 11 September tahun lalu.

Pendakwa raya memaklumkan, wanita itu mempunyai kebimbangan melampau ‘dia sakit teruk dan akan mati’.

Pembunuhan yang dilakukan Sivanantham terbongkar selepas dia ditemukan berlumuran darah oleh jirannya.

Mayat anaknya, Sayagi atas ditemukan oleh polis di atas katil dengan kesan tikaman pada bahagian leher, dada dan perut.