PENAMPANG: Program Flower Blooms, Prosperous Community (Program Bunga Indah, Komuniti Sejahtera) telah berlangsung pada Jumaat di kawasan berhampiran padang Majlis Perbandaran Penampang (MPP) dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk Rakan Lestari Penampang, ahli majlis MPP serta pegawai dan kakitangan MPP.
Turut hadir dan terlibat dalam aktiviti penanaman bunga ialah Setiausaha MPP, Robert Malangkig, serta Pengerusi Persatuan Pengurusan Makhluk Perosak Sabah (SIPMA), Melvin Liew.
Pengerusi Rakan Lestari Penampang, Richard Chong, menyifatkan program tersebut sebagai usaha menggalakkan komuniti setempat mengambil tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan mencantikkan persekitaran bandar.
Beliau berkata program itu mencerminkan komitmen berterusan MPP bersama rakan strategik dan komuniti tempatan dalam usaha mencantikkan bandar serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.






