TYT, Ketua Menteri Hadiri Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri

TYT, Ketua Menteri Hadiri Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah pada Jumaat.

Majlis bersempena 16 Ramadan 1447 Hijrah itu dimulakan dengan acara khatam al-Quran, diikuti penyampaian bantuan kepada golongan asnaf serta sesi Bicara Al-Quran.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; serta Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sabah, Mohd Razali Wahab serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Isnin Aliasnih.

Pada majlis itu, Yang di-Pertua Negeri bersama isteri turut menyampaikan sumbangan tunai kepada golongan asnaf.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara berbuka puasa diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.