PRU16: Gagasan Rakyat Kemuka Tiga Calon Bagi Tawau

PRU16: Gagasan Rakyat Kemuka Tiga Calon Bagi Tawau

0
SHARE

TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah menyenaraikan tiga calon berpotensi bagi kawasan Tawau sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangannya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, nama-nama tersebut telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan untuk penilaian lanjut.

Calon yang diketengahkan mestilah diterima rakyat dan mampu memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Masyarakat Tawau baru-baru ini.

Nizam yang juga Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah berkata jentera parti kekal aktif dan bersedia, sambil menyatakan keyakinan terhadap sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor.