Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas

Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas di Sungai Kebun JKK Kalabakan 23 minit selepas dilaporkan hilang semalam.

Sekumpulan dua Pasukan Bomba Sukarela Kalabakan bersama bantuan orang awam menemui mayat Mohamad Raffizal Abdullah kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut pada pukul 8.30 malam.

”Tiada litupan GIRN dan talian telefon di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, dua blok rumah pekerja di Kilang Abidun Estate, Kinabatangan, musnah terbakar tengah malam semalam.

Struktur jens tidak kekal dengan keluasan 120×70 kaki persegi, masing-masing 10 dan 6 pintu terbakar 100 peratus semasa ketibaan pasukan Bomba.

“Tiga buah motosikal turut terbakar. Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan 300 kaki sumber air dari tangki jentera. 

“Operasi terkawal pada jam 1.48 dan tamat sepenuhnya pada jam 4.18 pagi. Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan,” kata seorang jurucakap bagi agensi.