Bencana Kemarau Tawau Ditarik Balik, Keadaan Terkawal – JPBD

Bencana Kemarau Tawau Ditarik Balik, Keadaan Terkawal – JPBD

0
SHARE

TAWAU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau memutuskan untuk menarik semula pengisytiharan bencana kemarau di daerah itu selepas keadaan semasa didapati tidak lagi memenuhi kriteria bencana.

Pengerusinya, Joseph Pang berkata, keputusan tersebut dibuat hasil penilaian dan pemantauan terkini oleh pihak berkuasa yang mendapati situasi keseluruhan di Tawau kini berada dalam keadaan terkawal.

JPBD Tawau telah membuat keputusan untuk menarik semula pengisytiharan bencana kemarau yang diumumkan sebelum ini berikutan keadaan semasa yang tidak lagi memenuhi kriteria bencana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa isu kekurangan bekalan air di kawasan Pulau Sebatik masih dalam pemantauan rapi pihak JPBD.

Sebelum ini, Pulau Sebatik diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau pada 25 Mac 2026, jam 10 pagi, berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan daripada agensi-agensi terlibat.

Menurut Joseph, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keadaan kekal terkawal.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada saluran rasmi dan mengamalkan penggunaan air secara berhemah.