Rokok Seludup RM70,000 Dirampas, Suspek Terjun Laut Gagal Lolos

Rokok Seludup RM70,000 Dirampas, Suspek Terjun Laut Gagal Lolos

0
SHARE

SEMPORNA: Cubaan penyeludup meloloskan diri dengan terjun ke laut gagal apabila lebih 100,000 batang rokok seludup bernilai hampir RM70,000 dirampas dalam operasi di perairan Tanjung Sironggol, awal pagi Ahad.

Rampasan dilakukan menerusi rondaan Bot Cenderawasih 09 oleh Maritim Malaysia Zon Semporna bersama Cawangan Khas IPD Semporna di bawah Op Khas Cegah PATI (OCP) Covid-19 Sektor Timur dan Op Tiris 4.0.

Sekitar jam 1.30 hingga 1.40 pagi, pasukan operasi mengesan dua bot enjin sangkut dalam keadaan mencurigakan di Tanjung Sironggol.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan cetek, meninggalkan bot bersama muatan.

Pemeriksaan menemukan tujuh kotak mengandungi rokok seludup pelbagai jenama dengan nilai rampasan dianggarkan RM69,800 termasuk dua bot serta enjin sangkut Yamaha 40hp.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.