KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia sekitar 50-an ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Jalan 18, Kota Kinabalu sekitar 6.30 petang semalam.
Mangsa ditemui oleh kakitangan kondominium di bahagian bawah bangunan dengan kecederaan parah.
Kejadian turut menyebabkan sebuah motosikal yang diparkir rosak akibat hentaman.
Menurut sumber, insiden dipercayai berlaku dari tingkat 17, namun punca sebenar masih dalam siasatan pihak polis.
Pasukan polis daerah Kota Kinabalu serta Unit Forensik Polis Kontinjen Sabah telah dikerahkan ke lokasi untuk siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.






