Enam Ditahan Dalam Ops di Tapis Penampang, Vape Disyaki Dadah dan Ganja...

Enam Ditahan Dalam Ops di Tapis Penampang, Vape Disyaki Dadah dan Ganja Dirampas

0
SHARE

PENAMPANG: Enam lelaki tempatan ditahan dalam Ops Tapis di sekitar Penampang, dengan polis merampas cecair vape disyaki mengandungi dadah dan ganja.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata, operasi bersama BSJND IPD Kota Kinabalu itu dijalankan dari malam 24 Jun hingga awal pagi di beberapa lokasi termasuk kafe, pusat hiburan diKepayan Point serta sebuah kondominium di Nosoob.

Semua suspek berumur antara 27 hingga 40 tahun dan ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis merampas 20.5 mililiter cecair disyaki MDMA atau psilocybin bernilai RM360 serta 5.41 gram ganja bernilai RM120, dengan jumlah keseluruhan rampasan RM480.

Siasatan awal mendapati seorang suspek dipercayai pembekal kepada individu lain yang ditahan. Ujian air kencing menunjukkan lima suspek positif THC, manakala seorang negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12, Seksyen 6 dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.