Bantuan RM200 Kepada Pesawah Selama 6 Bulan

Bantuan RM200 Kepada Pesawah Selama 6 Bulan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan bantuan sebanyak RM200 kepada golongan pesawah selama ENAM (6) bulan sementara menunggu hasil tuaian.

Jelas beliau, bantuan itu adalah seperti bantuan kepada nelayan dan penoreh sebelum ini.

Katanya, bantuan itu juga akan dibawa pada pembentangan dan kelulusan Belanjawan 2023 pada Oktober ini.

“Saya dah berbincang dengan Menteri Kewangan dan kita bersetuju untuk memberikan bantuan sementara padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim. Jadi semua enam bulanlah.

“Kita adil pada semua, penoreh dapat, nelayan dapat, jadi pesawah juga dapat…

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak akan lupa jasa petani, nelayan dan juga pentenak,” katanya.