ATLANTA – Argentina melakar kebangkitan dramatik untuk menewaskan England 2-1 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus mengesahkan tempat ke pentas final menentang Sepanyol.
England terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Anthony Gordon pada babak kedua dan dilihat berada di landasan terbaik untuk mara ke final. Namun, Argentina mempamerkan semangat juang tinggi apabila Enzo Fernandez menyamakan kedudukan sebelum Lautaro Martinez muncul wira dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan.
Kedua-dua gol Argentina hadir hasil bantuan Lionel Messi yang sekali lagi membuktikan pengaruh besarnya dalam membawa juara bertahan itu melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut.

Argentina kini berpeluang mempertahankan kejuaraan dunia apabila bakal berdepan Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.






