Kerajaan Negeri Sambut Baik Keputusan Perdana Menteri, Turut ‘Total Lockdown’ Di Sabah...

Kerajaan Negeri Sambut Baik Keputusan Perdana Menteri, Turut ‘Total Lockdown’ Di Sabah – KM Hajiji

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan pelaksanaan ‘total lockdown’ Fasa Pertama selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Menurut beliau, kerajaan negeri Sabah turut mengikut ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sektor ekonomi dan perkhidmatan (essential economic and service sector) yang dibenarkan akan diumumkan mengikut kesesuaian SOP yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Kenyataan media Ketua Menteri Sabah berhubung keputusan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), total lockdown di negeri Sabah…