KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan agensi keselamatan antarabangsa bagi menyiasat dakwaan kejayaan Taliban menangkap DUA (2) ahli kumpulan Daesh warganegara Malaysia di Afghanistan.
Sumber berita Britain, The Times melaporkan ketua perisikan Taliban, Maulawi Saifullah Mohammed berkata dua lelaki serta empat lagi ahli kumpulan pengganas warganegara Afghanistan ditawan selepas pertempuran senjata api pada di Kabul malam Khamis lalu.
“Mereka ini tidaklah sekuat yang mereka sangka. Kami baru sahaja mengalahkan tentera dari 36 negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)…
“Ini bermakna kami mampu tangkap dan membunuh ahli ISIS (Daesh) di mana sahaja kami dapat jumpa,” katanya dalam satu kenyataan media.
“Identiti tahanan yang dikatakan warganegara Malaysia itu belum dikenal pasti namun Maulawi berkata mereka akan “mengaku juga” selepas disoal siasat.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan media kelmarin berkata setakat ini polis tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Daesh di Afghanistan.

Sementara itu, pertempuran di Afghanistan di jangka akan semakin parah selepas letupan dua pengebom berani mati di sekitar Kabul yang membunuh lebih 200 orang termasuk tentera Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Presiden AS, Joe Biden terus berjanji untuk membalas dendam keatas kematian 13 tentera AS dan kurang 48 jam dari itu, melancarkan serangan dron yang membunuh seorang ahli Daesh awal semalam.

Portal berita Associate Press (AP) melaporkan Biden mengizinkan serangan itu kepada Menteri Pertahanan AS, Lloyd Austin, kata sumber yang enggan dinamakan dalam jabatan itu.





