SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan selepas disyaki melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP) mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959.
Dalam kenyataan hari ini, IPD Sandakan memaklumkan individu terbabit dikenali sebagai Mohammad Aliman Abdullah, 24, yang beralamat di Kampung Tongod, Lamag, Kinabatangan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 kerana disyaki melanggar syarat yang ditetapkan ke atas Orang Pengawasan Polis, susulan laporan polis Sandakan/007655/26.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sandakan, pegawai penyiasat kes atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan IPD Sandakan di Facebook hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sandakan di talian 019-2182060, Pegawai Penyiasat Sjn. Charles Saimon di talian 013-8793260, atau menghubungi IPD Sandakan di talian 089-212222 dan Hotline 089-242222.
IPD Sandakan turut menggesa kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat dengan segera bagi membantu mempercepatkan proses siasatan dan tindakan lanjut terhadap individu yang dikehendaki.






