G57 Persoal Sumpah Zahid, Dakwa UMNO Tidak Konsisten

G57 Persoal Sumpah Zahid, Dakwa UMNO Tidak Konsisten

0
SHARE

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mempersoalkan konsistensi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, susulan perubahan pendirian politik selepas PRU15.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, mengingatkan sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” yang dilafazkan Zahid pada 2021 untuk tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, namun UMNO kemudiannya menyertai Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, tindakan UMNO yang kini bertanding menentang PH di peringkat negeri, termasuk bekerjasama dengan PAS dan Perikatan Nasional (PN), menunjukkan percanggahan jelas.

Apabila memerlukan kuasa di Putrajaya, PH dijadikan rakan. Namun apabila tiba pilihan raya negeri, PH pula dijadikan lawan,” katanya.

G57 turut mendakwa pendekatan itu mengelirukan pengundi dan menjejaskan kepercayaan terhadap kerjasama politik.

Mengulas lanjut, kumpulan itu berkata keputusan PRN Sabah lalu yang menyaksikan UMNO hanya memenangi enam daripada 45 kerusi wajar dijadikan pengajaran, sambil menyeru pengundi Negeri Sembilan menilai parti berdasarkan prinsip dan kejujuran.